Tuesday, December 14, 2010

Perjalanan hidup

Salam ukhwah buat semua..
    Pertama sekali saya ingin menyatakan saya menulis di sini bukanlah kerana hendak bersaing dengan blogger2 yang sudah lama berada di bidang ini..saya sekadar ingin mencari dan menambah pengalaman di samping ingin berkongsi kisah suka duka pahit manis yang saya alami selama ini..juga bagi memenuhi permintaan student2 saya yang tidak mahu terputus hubungan apabila mereka habis Tingkatan lima...apalagi apabila saya bertukar sekolah..mereka masih ingin tahu dan mengikuti perkembangan saya seterusnya.
   Terima kasih buat suami dan anakanda2 tercinta  kerana banyak membantu..juga buat student2 saya yang telah menjadi sebahagian kenangan indah saya di sekolah..teman2 sekerja dan teman2 sealiran..anda semua adalah sebahagian hidup saya..anda semualah pelengkap hidup saya..
   Perjalanan hidup ini akan diteruskan walau di mana saya berada...suka duka pahit manis pasti akan ditempuhi lagi..dan lagi...apatah lagi di tempat baru..segala2nya asing..Semoga Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat saya menempuh segala cabaran..