Saturday, February 12, 2011

Damai yang dicari

 Salam pagi..
      saya masih tercari2 waktu untuk menulis..sukarnya mencari waktu terluang..broadband coverage pun selalu bermasalah..maalumlah kawasan tempat tinggal saya yang baru ni berbukit2.. kawasan kaki bukit Banjaran Titiwangsa..
      Sebut pasal kawasan berbukit2 nii..memang inilah impian suami saya sejak dulu. Kalau nak beli tanah dan buat rumah, dia nak atas bukit..dapat tengok pemandangan yang luas, sejuk berangin dan kalau banjir..dia kata kita selamat..(nauzubillah..janganlah banjir) Kerana itu dia memilih kawasan Hulu Selangor..di sini tenang, damai, sejuk dan masih hijau..jauh dari keriuhan kota.. walaupun terletak di Hulu Selangor, Pekan Batang Kali dan Serendah ( rumah saya terletak di tengah2 2 pekan ini ) bukan ketinggalan dari segi kemajuan..semua kemudahan ada. Kalau nak ke Genting Highland hanya 16 km sahaja..dan kalau nak ke Bukit Fraser pula 30 km sahaja..Malah kawasan sungai dan airterjun masih banyak dan sering dikunjungi pada setiap waktu cuti dan hujung minggu..( tapi saya dan keluarga masih belum berkunjung ke tempat2 ini..hanya dengar cerita dari teman2 dan pelajar2..)setiap hujung minggu baik saya, suami atau anak2.. ada saja programnya..dari halaman rumah saya memang jelas kelihatan puncak Genting Highland..entah bila saya boleh sampai ke sana..
Pekan Batang Kali..deretan kedai..tenang, damai..berlatarbelakangkan puncak Genting Highland
      Antara Gapi..itulah tempat pilihan suami saya..kawasan taman perumahan ini tenang, damai, mengekalkan kehijauan dan yang penting ia kawasan Melayu..projek perumahan di sini adalah dibawah kelolaan PKNS..hanya 20% bukan melayu..bukanlah kami resist.. tapi..bila pulang ke rumah setelah bekerja..kedamaianlah yang dicari..dan di sini rumah ala resort amat sesuai..sebut pasal rumah..rumah impian kami masih belum boleh dibina..suami saya masih menguruskan kelulusan pelan rumah..
pemandangan dari atas bukit..kawasan perumahan Antara Gapi dan di belakang tuu..Ulu Yam

jalan masuk....background Banjaran Titiwangsa

hijau, tenang, damai..
    Dalam hati.. saya sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan..dan damai yang kami cari..di sinilah Allah tentukan..InsyaAllah..Semoga impian kami menjadi kenyataan....

Sunday, January 30, 2011

Redha dan pasrah..

Salam kedinginan..seharian hujan rasa sejuk sangat..
       Bertemu kembali...Saya cuba merealisasikan impian terdahulu dimana ingin memuatkan kisah2 saya di dalam bolg..kiranya ini isu tertundalah nii..Sekitar bulan September 2010..saya mengisi borang pertukaran secara online..secara berat hati dan tidak serius. Dalam hati meminta2 agar permohonan tidak berjaya.. tapi demi kasih sayang dan taat setia pada suami..saya bersolat hajat dan ishtikarah mohon petunjuk..di samping itu kami sekeluarga sering meninjau2 kawasan perumahan dan sekolah mana yang sesuai..pun dalam hati masih berat untuk berpindah..21 tahun kami bermastautin di Ipoh..agak sukar menerima kenyataan untuk berpindah.Rumahku Duniaku..hidupku hanya di Ipoh!!
       2 hari sebelum tarikh tutup permohonan barulah saya terkial2 online dan mengisi borang..itupun setelah didesak oleh suami. Dia pun berusaha mencari alamat pejabat di Kuala Kubu Baru dan meminjam alamat rumah kawannya di Bukit Beruntung. Ini sebagai alasan supaya saya tidak di tempatkan di daerah lain..hanya di daerah Hulu Selangor. Kenapa di Hulu Selangor..kita cerita tu di lain masa..k?
       Keputusan permohonan hanya akan diketahui pada 15 Oktober..dag dag dug..hati saya sentiasa berdebar2 menunggu keputusan ini..honestly..malam 15hb memang saya tak lena tidur..esuk pagi2 teman saya Mazni dah sibuk bertanya..kerana dia tak berjaya dalam permohonan tukarnya yang tah dah berapa kali..adik saya pun sibuk bertanya tak sabar2 mengalahkan saya..sbbnya diaorang pun suka sangat saya dan keluarga berpindah balik ke Selangor. Seharian tu saya buat2 tak ingat..bila balik terus online..
       Dengan lafaz Bismillah..saya membuka laman web etukar...jeng..jeng..

                                                               Inilah keputusannya..
       Alhamdulillah..saya mengucap syukur..walaupun dalam hati debaran belum reda..saya belum tahu saya di tempatkan di sekolah mana..dan daerah mana..? kena tunggu lagi..hish..tak lena tidur saya..tapi saya redha..dan pasrah walau di mana saya ditempatkan..
      Keputusan saya sampaikan dan tunjukkan pada anak2 dan suami..dia seakan tak percaya..betul ke..? senangnya..katanya. Ya..berkat doa restu dan keizinan suami..Allah telah permudahkan segala urusan.
      Tidak sabar menunggu surat dari Jabatan Pelajaran Negeri..saya menelefon bertanya di mana saya di tempatkan..keputusannya di SMK Syed Mashor..sekolah yang sering kami tinjau2 bila ke pekan Batang Kali..dekat dengan rumah..sekali lagi Alhamdulillah..
      Urusan pemindahan sekolah anak2 pula harus disettlekan..isi borang pindah sekolah..pergi pejabat sana pejabat sini..kejap ke Convent kejap ke Raja Perempuan..duh letihnya..suami pula uruskan sekolah sikecil  hazim..kemudian menelefon ke SMKSM..sesuaikah kedua anak ini di sana? Alhamdulillah ada aliran yang sesuai..lega..
       2 hari kami mencari rumah sewa yang sesuai..kalau boleh biarlah dekat dengan rumah yang bakal kami bina..hari pertama kami hampa..ada rumah tapi saya merasakan tidak sesuai..sepanjang malam saya berdoa dan melakukan solat hajat..mohon Allah permudahkan. Esoknya kami sekali lagi mencari sampai suami merasa tertekan dan malu dah nak bertanya..saya terdesak bertanya..Alhamdulillah sekali lagi Allah perkenankan doa saya..sekali tanya sahaja..saya terus bejaya mendapatkan rumah..yang awalnya bukan untuk disewakan kerana tuan empunya sering singgah beristirehat di rumah itu..entah bagaimana Allah telah membukakan hatinya untuk menyewakannya..hanya Allah yang Maha Mengetahui..
      Saya redha dan pasrah..segala-galanya telah diaturkan dengan begitu mudah oleh Allah Yang Maha Kuasa..Syukur Alhamdulillah..

Saturday, January 29, 2011

Mulanya di sini...

Salam...
  Selamat bertemu kembali..alahai..baru kini saya dapat menulis kembali...sukar juga hendak memperuntukkan masa menulis di blog rupanya..hiss tabik sungguh dengan orang yang sangat komited menulis blog..sehari 2,3 kali menulis atau setiap hari..saya? haha..sedar tak sedar sebulan yang lalu rupanya...
  Sebenarnya banyak perkara berada di fikiran yang hendak ditulis tapi rasa2 macam dah lama sangat berlalu..sesuai lagi ke..? Tulis je la mama..haa..itulah suara motivasiku..
  Ketika melapor diri di sekolah baru, saya diberitahu..mesyuarat pertama kurikulum akan diadakan pada 22/12/2010 hari rabu..hah? awalnya? masa tu 17/12..saya dan famili bercadang akan berpindah pada 20/12..alamak..terkejut saya..cepatnya sekolah kat selangor ni meeting..fikiran berserabut dengan separuh hati rasa tak mau pindah..kalau convent saya masih boleh bercuti seminggu lagi..31/12 baru meeting..nasib baik tak marking apa2 paper tahun ni..aduhaii..
Pintu Gerbang masuk ke SMK Syed Mashor..
 Maka pada pagi 22hb melangkahlah saya masuk ke sekolah baru..SMK Syed Mashor dengan penuh debaran di hati..semua mata memandang..ish2..malunya..tapi semua menyambut saya dengan senyuman dan pertanyaan..guru baru ke?..hehe saya kata guru lama.. tapi baru berpindah..Alhamdulillah..128 orang guru di SMKSM kini menjadi kawan2 baru saya.. yang ingin sangat2 saya angkat menjadi saudara atau adik beradik di sini..insyaAllah..
  Hari itu saya pulang dengan rasa lega dan gembira..Puan Pengetua dan semua warga SMKSM memberikan respon yang baik dan menggalakkan..saya dilantik sebagai Ketua Panitia lah pulak..alamak..dah 5 tahun saya tak jadi KP..hah..lagi yang menggembirakan saya..saya ada team guru2 seni seramai 7 orang yang opsyen dan lebih dari 5 orang yang bukan opsyen..huh..ramai tuu..
yeah..berikan yang terbaik..insyaAllah..
  Maka bermulalah..di sini kehidupan saya di tempat baru..sekolah baru, pengetua baru, PK2, GK2 baru, kawan2 baru dan..pelajar2 baru..

Tuesday, December 14, 2010

Perjalanan hidup

Salam ukhwah buat semua..
    Pertama sekali saya ingin menyatakan saya menulis di sini bukanlah kerana hendak bersaing dengan blogger2 yang sudah lama berada di bidang ini..saya sekadar ingin mencari dan menambah pengalaman di samping ingin berkongsi kisah suka duka pahit manis yang saya alami selama ini..juga bagi memenuhi permintaan student2 saya yang tidak mahu terputus hubungan apabila mereka habis Tingkatan lima...apalagi apabila saya bertukar sekolah..mereka masih ingin tahu dan mengikuti perkembangan saya seterusnya.
   Terima kasih buat suami dan anakanda2 tercinta  kerana banyak membantu..juga buat student2 saya yang telah menjadi sebahagian kenangan indah saya di sekolah..teman2 sekerja dan teman2 sealiran..anda semua adalah sebahagian hidup saya..anda semualah pelengkap hidup saya..
   Perjalanan hidup ini akan diteruskan walau di mana saya berada...suka duka pahit manis pasti akan ditempuhi lagi..dan lagi...apatah lagi di tempat baru..segala2nya asing..Semoga Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat saya menempuh segala cabaran..