Saturday, January 29, 2011

Mulanya di sini...

Salam...
  Selamat bertemu kembali..alahai..baru kini saya dapat menulis kembali...sukar juga hendak memperuntukkan masa menulis di blog rupanya..hiss tabik sungguh dengan orang yang sangat komited menulis blog..sehari 2,3 kali menulis atau setiap hari..saya? haha..sedar tak sedar sebulan yang lalu rupanya...
  Sebenarnya banyak perkara berada di fikiran yang hendak ditulis tapi rasa2 macam dah lama sangat berlalu..sesuai lagi ke..? Tulis je la mama..haa..itulah suara motivasiku..
  Ketika melapor diri di sekolah baru, saya diberitahu..mesyuarat pertama kurikulum akan diadakan pada 22/12/2010 hari rabu..hah? awalnya? masa tu 17/12..saya dan famili bercadang akan berpindah pada 20/12..alamak..terkejut saya..cepatnya sekolah kat selangor ni meeting..fikiran berserabut dengan separuh hati rasa tak mau pindah..kalau convent saya masih boleh bercuti seminggu lagi..31/12 baru meeting..nasib baik tak marking apa2 paper tahun ni..aduhaii..
Pintu Gerbang masuk ke SMK Syed Mashor..
 Maka pada pagi 22hb melangkahlah saya masuk ke sekolah baru..SMK Syed Mashor dengan penuh debaran di hati..semua mata memandang..ish2..malunya..tapi semua menyambut saya dengan senyuman dan pertanyaan..guru baru ke?..hehe saya kata guru lama.. tapi baru berpindah..Alhamdulillah..128 orang guru di SMKSM kini menjadi kawan2 baru saya.. yang ingin sangat2 saya angkat menjadi saudara atau adik beradik di sini..insyaAllah..
  Hari itu saya pulang dengan rasa lega dan gembira..Puan Pengetua dan semua warga SMKSM memberikan respon yang baik dan menggalakkan..saya dilantik sebagai Ketua Panitia lah pulak..alamak..dah 5 tahun saya tak jadi KP..hah..lagi yang menggembirakan saya..saya ada team guru2 seni seramai 7 orang yang opsyen dan lebih dari 5 orang yang bukan opsyen..huh..ramai tuu..
yeah..berikan yang terbaik..insyaAllah..
  Maka bermulalah..di sini kehidupan saya di tempat baru..sekolah baru, pengetua baru, PK2, GK2 baru, kawan2 baru dan..pelajar2 baru..

No comments:

Post a Comment