Saturday, February 12, 2011

Damai yang dicari

 Salam pagi..
      saya masih tercari2 waktu untuk menulis..sukarnya mencari waktu terluang..broadband coverage pun selalu bermasalah..maalumlah kawasan tempat tinggal saya yang baru ni berbukit2.. kawasan kaki bukit Banjaran Titiwangsa..
      Sebut pasal kawasan berbukit2 nii..memang inilah impian suami saya sejak dulu. Kalau nak beli tanah dan buat rumah, dia nak atas bukit..dapat tengok pemandangan yang luas, sejuk berangin dan kalau banjir..dia kata kita selamat..(nauzubillah..janganlah banjir) Kerana itu dia memilih kawasan Hulu Selangor..di sini tenang, damai, sejuk dan masih hijau..jauh dari keriuhan kota.. walaupun terletak di Hulu Selangor, Pekan Batang Kali dan Serendah ( rumah saya terletak di tengah2 2 pekan ini ) bukan ketinggalan dari segi kemajuan..semua kemudahan ada. Kalau nak ke Genting Highland hanya 16 km sahaja..dan kalau nak ke Bukit Fraser pula 30 km sahaja..Malah kawasan sungai dan airterjun masih banyak dan sering dikunjungi pada setiap waktu cuti dan hujung minggu..( tapi saya dan keluarga masih belum berkunjung ke tempat2 ini..hanya dengar cerita dari teman2 dan pelajar2..)setiap hujung minggu baik saya, suami atau anak2.. ada saja programnya..dari halaman rumah saya memang jelas kelihatan puncak Genting Highland..entah bila saya boleh sampai ke sana..
Pekan Batang Kali..deretan kedai..tenang, damai..berlatarbelakangkan puncak Genting Highland
      Antara Gapi..itulah tempat pilihan suami saya..kawasan taman perumahan ini tenang, damai, mengekalkan kehijauan dan yang penting ia kawasan Melayu..projek perumahan di sini adalah dibawah kelolaan PKNS..hanya 20% bukan melayu..bukanlah kami resist.. tapi..bila pulang ke rumah setelah bekerja..kedamaianlah yang dicari..dan di sini rumah ala resort amat sesuai..sebut pasal rumah..rumah impian kami masih belum boleh dibina..suami saya masih menguruskan kelulusan pelan rumah..
pemandangan dari atas bukit..kawasan perumahan Antara Gapi dan di belakang tuu..Ulu Yam

jalan masuk....background Banjaran Titiwangsa

hijau, tenang, damai..
    Dalam hati.. saya sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan..dan damai yang kami cari..di sinilah Allah tentukan..InsyaAllah..Semoga impian kami menjadi kenyataan....

No comments:

Post a Comment